Sabtu, 5 September 2009

Secebis kisah ...


Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama tuhan ku,aku memulakan wadah ini..utk ku tatapkan kepada semua yg membaca coretan ini.
Assalamualaikum..
salam ukhuwah..salam perjuangan aku ucapkan pd semua.semoga ukhuwah kita akan terjalin utk selamanya..Amin.alhamdulillah,dapat juga aku membuat satu lembaran ini.terima kasih sahabat2 ku yg byk mengajar aku utk membuat lembaran ini..syukran.tujuanku satu..utk berkongsi cerita,pengalaman sedikit sebanyak yg ada,bertukar pendapat.dan yg pnting..ILMU.insyaallah..moga niat kita sampai ke matlamatnya.teman2...jika aku tersalah laluanku yg sebenar nanti,jgn malu utk menegur.maklum la.."kita tak mampu utk manilai diri kita sendiri"kecuali..orang lain yg menilai kita.
secebis kisah
ini lah tajuk yg ku pilih tuk coretan ku.mungkin mengarut,merepek..atau pun pape je.tapi mgkin dari coretan aku ni korang akan knal diri aku ni.herm..ku ucapkan selamat membaca
syukur...
aku sendiri alpa dgn perkataan ni..jujur aku cakap,dalam sehari boleh dikira syukur aku ni.sedangkan ALLAH x pnah lupa memberi nikmat-Nya kpd aku.ya ALLAH,ampunkan aku.teringat aku di waktu awal tgkatan,slalu terpikir..bila berlaku sesuatu perkara, knpa ini yg terjadi kat aku?knpa aku di hantar ke sek agama,knpa aku di hantar ke asrama dari kecil,dan yg selalu bermain di fkiranku..knpa ibuku kembali kpd-Nya ketika umurku 4taun..?dan kini alhamdulillah,aku jumpa apa hikmah tu.sedar x sedar nk dkt satahun aku berada di mesir ni..di sini baru aku tau,apa gunanya blajar berjauhan dgn keluarga dulu,di ajar hidup sndri.dan alhamdulillah di sini aku x kekok utk hidup tanpa keluarga di sisi.adanya teman2 seperjuangan di sisi,mewarnakan lagi hidup ku disini.ALHAMDULILLAH...
ayah,mak dan ummi
"ayah dan ibu..2x itu lah permulaan kami..dapat melihat bulan dan matahari..."mesti korang pernah dgrkan lagu sudirman ni.kalau sape hayati lagu ni,aku percaya mesti sebak.ye lah..cam lirik lagu tu "dapat melihat bulan & matahari".aku dapat simpulkan 2 disini:
1-melihat dunia
2-kenal agama
tapi ni pendapat aku...hee.korang x stuju x pe la.paper pun aku syg sangat kt dorang ni..seorang ayah yg x pernah jemu dengan masalah anak2nya.teringat aku sewaktu menolong ayahku di kebun..tayar traktor ayahku tenggelam selut..hmpir setengah tayar.mcm biase..kalau x tolak,gune kayu tuk keluarkannya.tapi kali ni mmg x bleh..smpai aku pn x lrat.tapi tu la ayah,x knl erti x mampu.walaupn aku cdngkn mmnggil orang kmpung tuk tlong,tpi ayah ttap mncuba sndiri sehingga ptang.ayah..hampir setaun juga aku x melihat wajahnya.pesan ayah kpdku di airport sebelum mninggalkn malaysia.."pis..kt sane (mesir) nanti kamu ikut budaya kawan2,jangan kamu buat budaya sendiri.pe org wat,ko wat.org trjun ko terjun..insyaallah boleh" mesti korang tertanya knpa aku tulis mak & ummi..walhal satu makna.tapi tu la bahasa yg aku pggil kpd 2insan di dunia ini.mak..ibu yg melahirkan ku.xbyk knangn aku bersamanya.yg aku tau..akak pertameku mirip dgn mukanya.dan abgku sllu bercrita..sblum mak pergi,die psan kt abg..kalau da bsar nti jga adik2 tuk mak.tu amanat mak kpd abg..mak tlah pergi ke rahmatullah ktika umur aku 4taun.dia lah org yg plng aku rindu..al-fatihah."ummi,bile ummi nk jadi mak?"lucu bile aku ingt kmbali ktika umurku 6tahun.ktika itu di dlm kreta tuk pindah ke rumah bru(umah sekarang).lama-kelamaan bru ak tau,apa yg terjdi..herm,mmg kita rasa kelainan antara ibu sndiri & ibu tiri.walaupun bgitu,dia sggup menjga aku,mendidik aku dri kecil smpai skrang.ummi..aku tahu jauh di sudut hatimu x pernah membezakan anak2 mu.ummi..doakn aku di sini.k la..aku berenti kt sni dlu.dah lame rasenye ni..moga jumpe lagi di SECEBIS KISAH...wassalam

Jumaat, 4 September 2009

5 jenis SABAR

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung
diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai
atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada
yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang
mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah),
lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu
keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya
'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri
manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini
membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud:
"Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah
kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis,
iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada
manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini
termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar
terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana
kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan.
Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang
rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap
kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut
yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan.
Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian,
malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki
niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar
untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan
berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada
melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah.
Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci.
Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari
musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat
bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan
tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan,
bahkan kekayaan dan kekuasaan.

"Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh... Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya..." Hukama'


"ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sia-sia. usah bimbang jika diri sudah tidak dihargai, tapi perlu bimbang jika diri sudah tidak lagi berharga.."secebis wadah